Laman

Kamis, 29 November 2012

Sunnah Mengerat Misai dan Menumbuhkan Janggut (Mencukur Kumis dan Memanjangkan Jenggot)


Hadis #1
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)
Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)
Hadis #3
Didalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda.
"Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"
Hadis #4
Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka;
"Binasalah! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab,
"Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami"
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."
1. Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim)
Imam Qurtubi menyatakan,
"Pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan"
2. Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu.
3. Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya
"Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami"
4. Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut,
"Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan"
5. Saidina Umar r.a. dan Ibn Abi Lailah r.a., yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya..

Tidak ada komentar: